06 May 2011

japanese cheese cake

berdasarkan prinsip 'practice make perfect', aku terus berusaha tuk membuat cheese cake sehingga aku berpuas  hati and yang penting,..sedap!!..kali ini, bukan sebarang cheese cake yang aku buat, tapi japanese cheese cake plak..kenapa tetiba jepun plak kan??? yang tu aku tak tahu la, aku just amik resepi ni from my sis, si kuli kulinari student..memandangkan my mom suka cake ni, lagi bersemangat aku membuatnya...

seperti biasa, bahan-bahan dan cara-cara membuat cake ini seperti di bawah yer;

bahan-bahan


4-5 keping cheddar cheese 
200ml susu segar

4 biji telur

70gm gula halus
70gm tepong kek
70gm butter

cara-cara:


1. koyak2kan cheese kecil2 dan campurkan dgn 200ml susu segar. masak dgn api perlahan, kacau selalu. masukkan butter,tutup api.


2. asingkan telur putih dan kuning. pukul telur putih dgn 70gm gula halus hingga menjadi kembang @ meringue. kemudian pukul telur kuning hingga kembang, masukkan dlm adunan cheese tadi ( 1 ).



3. masukkan tepung sikit demi sedikit, kacau perlahan. sekiranya berketul boleh di tapis. kemudian masukkan adunan meringue tadi. kaup dan sebatikan adunan.



4. lapik acuan 7x3 inci loyang bulat. tuang adunan kedalam acuan.



5. letak loyang dlm bekas yg telah di isi air panas. masukkan ke dalam ketuhar yg telah di panaskan 20min pada suhu 170c selama 20min kemudian rendahkan suhu kepada 140c dan terus membakar selama 40min.



teknik membakar bain marie atau steam bath sbb cheese sangat lembut dan mudah terbakar. 



macam ni la rupa kek ini..sepatutnya lagi cantik la, tapi ye la aku kan yang baked kek ni, ade la yang kurengnya..kek ni sedap if dimakan tyme mash lagi panas or suam-suam kuku gitu..lembut and bila potong, bley dengar bunyi 'sponge' die tuh..macam akak aku ade cerita, my mom ade kate cam gini , ' eh, kek ni ade bunyi la'..yang dimaksudkan ialah bunyi 'sponge' kek tuh apabila dipotong..korang nak tu cmner bunyi tersebut, sila la try buat yer...

sekian............

No comments:

Post a Comment