21 September 2014

Sepetang di Teluk Senangin

Semalam pergi makan tengahari kat luar. Al-maklum lah hujung minggu, boleh cuci mata rehatkan badan jadi makan tengahari kat luar ler. Memang kebiasaan lepas lunch kami bertiga pergi mengular kat Aeon or Tesco lepas tu terus pergi beli sayur ikan kat pasar malam tepi Giant Manjung.

Tapi lepas lunch semalam hubby terus bawak pergi Pantai Senangin. Jauh jugak dari Seri Manjung, lebih kurang setengah jam nak sampai. Pantai ni lokasinya dekat dengan Swiss Garden. Tapi kan semalam pegi memang ramai ngat orang, cuti sekolah katakan. Dengan tak bawak baju spare, towel tambahan pulak awan mendung nak hujan, jadi kami pon patah balik walaupon dah sampai kat pantai. Nekad nak pegi esok ( arini ler tu-ahad).

Pergi lepak2 jalan2 cuci mata kat Aeon dan beli baju renang untuk Ainun. Harga memang over rm50. as expected.


teaser pakai baju renang baru.


Dan tiba hari yang dinantikan. Memandangkan perjalanan agak jauh, hubby plan nak pergi awal la ke pantai. Lepas solat Asar nak terus gerak. Namun Ainun tengah tido, kesian pulak nak kacau tido si kecik ni..tunggu die bangun, kul 5.45 petang baru gerak nye. Sampai sane orang dah lengang, tak der ramai orang sangat. kami cari port yang hujung2 sebab lagi bersih dan pinggir pantai agak landai.





Hubby amik Ainun pi berendam lam air. Biasa lah, tak pernah main air pantai, memang takut la si kecik ni. Kuat bergayut kat papanya, tak mau lepas tangan langsung. Tapi lama2 dah selesa, dah berani dah. Siap main tampar2 lagi ngan air.

 dari jauh nampak cam bapak dugong dan anak dugong jer..hihi








Sekejap jer mandi sebab dah lewat. Lagipon Ainun dah kesejukan. Kecut jari2 kecilnya.






 ramping tak pinggang laki i..=)




Lain kali boleh pegi sini lagi.. Pegi awal sikit boleh main air lame2.
Siang hari spend mase ngan anak..malam2 anak dah tido, boleh balas msg ngan customer yang nak try pakai premium beautiful. ade jugak yang nk order sabun marine essence. = ). alhamdulillah, rezeki anak..

Daaaa...

No comments:

Post a Comment