28 December 2014

Second operation for Ainun

Semalam, 27 Dec 2014 telah dijadualkan satu pembedahan , hanya minor, untuk betulkan semula mata Ainun yang juling. Alternate squint for both eyes. Around 40° - 65° of squint. Tepat jam 8.30 am Ainun masuk dalam dewan bedah. Papa yang temankan. Mama doa, tawakkal dan berserah pada Allah jer. Mama tunggu kat luar je.

Sambil tu teringat la kisah pagi tu sesudah solat subuh, sambil dukung Ainun, akak katil #36 datang tegur. Anaknya pon juling, nak operate macam Ainun jugak. Dah berumur 7 tahun, dah beberapa kali operation tertangguh sebab minor case. Akak ni pon cakap perkembangan anaknya slightly behind esp dari segi pelajaran. Lahirnya kembar, adik normal tapi si kakak juling. Jadi sekarang dah darjah satu, memang nampak perbezaan antara kembar ni. Si adik lebih cepat catch-up compared to si kakak. Sepatutnya tak boleh pandang ringan, sebab anak juling ni cara dieorang interpret ape yang mereka lihat  lain daripada anak normal. Menurut pakar, mereka yang juling tu interpret lam otak satu imej yang bertindih sebab mata kiri dan kanan tak tengok objek yang sama...eh..korang paham tak? Hihi.. Jadi lama2 otak jadi confius, dan mata juling tu jadi mata malas.

Alhamdulillah kami ambil tindakan awal untuk Ainun. Semoga dengan operation ni membawa sinar baru untuk Ainun.

Dalam cubicle wad tu ade 6 katil, katil Ainun dan katil #36 kes juling. But the rest kanak2 yang menghidap kanser mata. Memang tak sangka kan kecil2 dah diduga macam ni. Adik katil sebelah dah pernah operate, kemo tapi sel kanser masih ade. Asyik nangis kesakitan. Ainun tgk jer. Katil sebelahnya pulak buat follow up, kena lazer.

Bila dengar cerita dieorang saya berasa sangat2 bersyukur akan keadaan Ainun sebab ade yang lagi tidak bernasib baik. Srlama ni saya sering dikelilingi oleh orang2 yang normal, sakit biasa2 jer. Jadi bila Ainun jadi macam ni, sedikit terasa macam salahkan diri sendiri. Tapi alhamdulillah Tuhan bagi ujian supaya lebih bersabar dan tahu bersyukur.

 3 jam kemudian tetiba nampak Papa dukung Ainun smbil Ainun pejam mata rapat2. Kami balik semula ke wad. Tak mahu baring atas katil, nak berdukung sambil lentok kepala atas bahu Papa. Ainun lam keadaan separa sedar, ubat bius masih ade. Takut2 nak buka mata. Pedih kot. Kesian Mama tengok Ainun, kalau boleh bior jer Mama yang tanggung sakit tu semua. Huhuhu.. Dia sakit apa bukannya reti lagi nak cakap. Nangis aje laa..

Ni bukan buat lazer or ganti implan ke. Tapi lemahkan otot mata. Since Ainun juling ke dalam (mata hitam terarah ke batang hidung), jadi otot yang dekat batang hidung @ dekat kawasan tahi mata yang dilemahkan. The exact procedure mmg saya betul2 tak tahu tapi itulah yang pakar telah terangkan pada kami. Jadi ade merah/ berdarah sikit pada mata. Ngeri jugak tengok tapi saya berlagak tenang.
Ainun pon asyik gosok2 mata tu, agaknya tak selesa kot.

Petang semalam jugak boleh keluar. Alhamdulillah. Berbekalkan ubat titik 2 jenis, titis lam mata setiap 4 jam.

Gambar2 kat bawah memang sangat jelas julingnya tu.. mata belah kanan yang obvious. Lam gambar tu gambar terbalik sebab amik gambar kamera depan.








Insyaallah pagi2 esok kami akan berangkat balik ke kampung, jenguk orang tua. Memandangkan jalan darat semua terputus hubungan, jadi hanya jalan udara la alternatifnya.. Semoga selamat sampai. 

Balik kampung bukan sekadar bawak balik bju je, barang2 niaga pon angkut sekali. Jadi sesiapa yang nak dapatkan Sabun Marine Essence @ Mineral Coffee @ BbPlus Collagen @ Garlic Tablet @Bio Seleza @free fitting of Premium Beautiful boleh whatsapp 013.211.3164...

Have a nice day...

No comments:

Post a Comment