01 August 2015

MultiLevel Marketing (MLM) Tipu?




Berkesempatan berbicara dengan seorang sahabat. 

Hebatnya sahabat ni, dia dah pernah 'join' lebih dari 10 pelan syarikat MLM (multi-level marketing). Kenapa saya katakan beliau hebat? Sebab beliau tak pernah serik dan berhati kental. Kalau saya mungkin tak sekuat beliau kot.

Pengalaman beliau menyertai belbagai syarikat MLM membuatkan beliau lebih matang dalam memahami apa sebenarnya MLM ni. Senang cerita orangnya sangat berpengalaman dlm industri ini.

Persoalan yang biasa kita dgr betul ke MLM ni skim tipu, kayakan orang atas, rugi, bankrap dan sebagainya beliau kongsikan dgn saya.

Berikut adalah beberapa persoalan dan tips yg dikongsikan beliau, semoga perkongsian ini dpt memberi kefahaman kepada kita semua tentang MLM.


.............................................

Apa sebenarnya masalah MLM ni? Ramai sangat yang anti dan merasakan MLM ni satu igauan ngeri bila dengar?


MLM tidak pernah bermasalah tapi yang sebenarnya bermasalah adalah orang/manusia/makhluk yang bernyawa yang menjalankannya. 

Kenapa saya katakan begitu? 
MLM adalah salah satu kaedah pemasaran yang 'genuine'. Menggunakan sistem pemasaran bertingkat untuk meningkatkan dan mengembangkan liputan produk untuk sampai kepada 'end customers' dengan lebih mudah dan luas. Senang cerita MLM memudahkan produk untuk sampai kepada pelanggan dari pelbagai lapisan dan membantu memaksimakan keuntungan menerusi sistem pemasarannya.

Masalah utama yang diciptakan oleh 'makhluk yang bernyawa' dlm MLM ni adalah bila mereka memanipulasi sistem sebenar MLM untuk tujuan keuntungan peribadi. Lebih mudah difahami bila ada segelintir yang mewujudkan sistem baru utk memaksimakan keuntungan dgn cara yang mudah dan cepat tapi menggunakan MLM sebagi 'topeng' mereka.

Ok agak berbelit. Kita simple kan, diorg ni cipta skim 'cepat kaya' dan declare sistem diorg ni adalah MLM. Realiti yang sebenarnya bercanggah dgn skim MLM sebenar.



.......................................................

Apa 'modus operandi' mereka ni? 


Kebanyakan syarikat2 ni akan mengatakan mereka adalah MLM dan akan memohon lesen utk didaftarkan sebagai syarikat MLM. Apa yg mereka lakukan sebenarnya bercanggah dengan sistem sebenar.

Mereka akan mewujudkan produk sebagai syarat untuk menutup agenda utama mereka. Realitinya produk mereka hanya sekadar 'ada' untuk kepentingan lain. Syarikat2 ini akan memulakan kempen pemasaran mereka dgn mewujudkan beberapa 'role model' yang berjaya. Mereka ini akan dijadikanproksi untuk memupuk kepercayaan org terhadap syarikat mereka.

Kehebatan syarikat2 adalah kerana mereka mempunyai dana yang besar (kebanyakannya dana dari luar negara) yang digunakan utk membayar proksi dan kempen pemasaran. Lagi hebat bila watak2 atau role model yang diwujudkan ini akan diberikan kereta mewah (luar biasa mewah), wang dan akan diubah menjadi orang yang hebat dlm masa yang singkat.

Bila watak2 ini berjaya diwujudkan, kepercayaan orang luar akan cepat tercipta. Lagi mudah bila proksi yang ciptaan ini dari golongan yang mempunyai follower seperti public figure dan sebagainya. Dengan mudah mereka boleh mencipta keuntungan berbilion hasil daripada watak dan cerita yg dicipta.




...........................................

Kenapa org mudah percaya dengan mereka?
Simple. 
Dengan menggunakan kaedah melahirkn impian dan dijadikan ia satu kenyataan dlm masa yg singkat.


Manusia sangat suka kepada sesuatu yang mudah dan memberikan pulangan yang besar. Senang cerita kalau ade skim yang boleh tidur hari2 dan duit masuk je hari2, maka berlumba-lumbalah umat manusia berebut untuk buat. Proksi yang diwujudkan adalah tarikan untuk menarik orang lain untuk turut sama berimpian utk mencapai kejayaan yang sama. Bila wujud rasa keinginan yg kuat, mudah la mereka ni menarik mangsa2. Konsep yang sama macam mana penjebak burung gunakan untuk memikat burung.




...............................................

Macam mana nak kenal mereka2 ini dan syarikat2 skim penipu yang bertopengkan MLM?


1. Kaji syarikat mereka. Macam mana syarikat ini boleh wujud. Berapa lama syarikat ini dah wujud. Berapa ramai usahawan yg berjaya yg telah dilahirkan.

Kebanyakan syarikat2 ini wujud tak sampai setahun atau kurang dari 5 tahun. Ada yang menggunakan nama syarikat antarabangsa yang sedang membuka pasaran di malaysia. Ada juga yang claim sebagai subsidiari kepada sesuatu syarikat.

Kebiasaannya usahawan yang betul2 berjaya tak ramai. Kurang dari 100 orang yang berjaya. Mungkin ada dlm 10 atau 20 org yg mempunyai 'sport car'. Mereka akan mengatakan kita adalah next usahawan yg berjaya yg bakal mempunyai sport car.


2. Kaji leaders atau model2 yang berjaya. Siapa mereka sebelum ini. Berapa lama mereka melakukan perniagaan ini. Berapa lama tempoh utk berjaya?

Kebiasaannya model mereka lahir kurang dari 1 tahun. Tiba2 keluar sebagai jutawan dan bawak sport car. Secara logik nya jutawan kurang dari 1 tahun agak mustahil bila syarikat yg ditubuhkan juga berusia kurang setahun.

Lagi best dan kalau rajin cuba siasat total income tax yg dibayar setahun sebagai seorg jutawan. Cuba juga cek 'no pendaftaran' sportcar mereka atas nama siapa (banyak online sistem yg boleh digunakn utk semak pemilik sebenar kereta dgn hanya menggunakan no pendaftaran kereta dan ic). Kebanyakan proksi2 ini diberikan kereta utk digunakan mengaburi mata prospek. Sebenarnya kereta2 tersebut bukan hak milik mereka. Ada yang disewakan khas atau diberi pinjam dlm sesuatu tempoh.



3. Periksa dengan SSM, KPDNKK tentang status syarikat tersebut. Apa perniagaan dan industri syarikat ini. Boleh juga panjang kan siasatan kepada jakim dan sirim untuk status produk yang dikeluarkan. Kadangkala syarikat ini tidak menitikberatkan soal qualiti produk dan status produk.


4. Fahami sistem atau pelan pemasaran mereka. Kebanyakkan syarikat2 ini tidak memberatkan usahawan utk menjual produk. Produk hanya dibeli sekali dan selebihnya lebih memfokuskan kepada networking. Jangan terkejut jika mereka sebenarnya tidak pernah tahu tentang produk dan susah utk nk explain tentang produk. Tiada latihan tentang produk secara khusus diberikan.


5. Siasat siapa pengerusi, board of director atau founder syarikat. Berhati-hati jika mereka semua adalah org asing dan bukan dari malaysia. Jika mereka berpangkat dDatuk atau Tan Sri, cuba periksa adakah pangkat mereka tu valid. Banyak cara yg boleh digunakan untuk mengetahui kesahihan nya.




.....................................



Fakta 1: 
Percaya tak kebanyakan syarikat skim cepat kaya yg bertopengkan MLM akan wujud dan hilang dlm sekelip mata. Mereka akan wujud tak lebih dari 5 tahun dan kemudian hilang. Leaders atau pelopor syarikat akan hilang entah kemana. Ada yg ckp mereka2 ini ada lah sindiket yg beroperasi secara melopat-lompat dari satu negara ke negara yg lain.


Fakta 2: 
Proksi2 yang diwujudkan oleh syarikat ini juga tidak bertahan lama. Kebanyakan mereka akan melalui kehidupn biasa dam mungkin lebih susah selepas syarikat2 ini hilang. Anda mungkin pernah mengenali mereka2 ini.

Fuhhh memang seram bila dgr cerita tentang mereka ni. Ramai yg dh jadi mangsa dan percayalah masih banyk syarikat2 yg seumpama ini yg sedang bergerak aktif sekarang. 



.............................................

Tips memilih syarikat MLM yang sebenar


1. Kaji latar belakang syarikat.
Berapa lama tempoh wujud, berapa ramai usahawan berjaya yang dilahirkan, kedudukan kewangan dan status syarikat di bank negara (boleh juga cek saham syarikat di BSKL). Syarikat MLM yang kukuh selalunya boleh bertahan lebih dari 10 tahun. Mereka mampu mengekal kan preatasi dan tidak pernah mengalami masalah dengan sistem pemasaran mereka. Jika sesebuah syarikat itu bermasalah, sudah pasti ia tidak akan dpt bertahan lama dan akan diaarah untuk tidak terus menjalankan perniagaan oleh kerajaan dan lesen mereka digantung. 



2. Buat pemeriksaan dgn SSM dan KPDNKK. 
Cari syarikat MLM yang mendapat pengiktirafan dari KPDNKK (bermaksud diiktiraf kerajaan dan menjalankan perniagaan mengikut garis panduan), lihat pencapaian dan anugerah yang pernah diterima oleh syarikat. (Penganugerahn tidak sebarangan akan diberikan jika syarikat itu tidak kukuh dan beretika).



3. Lihat kepada produk dan pelan pemasaran. 
Syarikat MLM yang genuine menitikberatkan produk yang dikeluarkan. Kualiti dan keselamatan produk menjadi perkara utama mereka. Mereka akan mendapatkan pengiktirafan dari SIRIM, KKM, JAKIM dan badan2 berkaitan untuk menastikan produk mereka berkualiti. Agen2 dan usahawan akan lebih memfokuskan kepada produk dan mereka mempunyai ilmu produk yang lengkap. Senang cerita mereka pakar dlm menerangkan tentang produk yang dijual.


4. Lihat kejayaan usahawan2 mereka. 
Cuba lihat tempoh berniaga dan pencapaian mereka. Kaji dari mana mereka muncul dan bermula. Selalunya kejayaan mereka adalah logik dalm tempoh yang boleh diterima akal. Mereka akan meningkat naik secara berperingkat dan tidak akan terus keluar sebagai jutawan segera. Kejayaan dicipta dgn usaha berterusan bukan dgn dengan sekelip mata (magic).


5. Kejayaan usahawan dalam syarikat MLM tidak terhad. 
Semua usahawan mempunyai peluang yg sama untuk mencapai pangkat tertinggi dlm sesuatu tempoh. Pemberian bonus atau komisyen adalah logik berdasarkan sales bulanan dan kumpulan. Mampu menerangkan dgn jelas bagaimana bonus dia keluarkan dan pengiraan sebenar.




..........................................

Kalau diikutkan banyak lagi yang nak dikongsikan. Tapi cukup dulu untuk perkongsian kali ini. Objektif utama untuk kita semua berhati2 dan sedar dgn biz MLM yang kita sedang lakukan. Adakah ia nya MLM sebenar atau hanya satu skim 'Angan-angan' untuk cepat kaya.

Tiada jalan yang singkat untuk berjaya. Semuanya memerlukan usaha yang berterusan dan semangat yang tinggi. Realitinya tiada yang mustahil. Bertindak dan buat pilihan dengan bijak.

Saya sedia membantu anda untuk memahami dengan lebih jelas tentang MLM jika ia masih menjadi beban untuk anda fahami..

Sekadar perkongsian dari seorang sahabat.

17 June 2015

Projek Duit Raya PIN






Salam semua warga blogger sekalian.
Lagi sehari Ramadhan akan menjelang. In Shaa Allah dipertemukan Ramadhan kali ini.

Bersediakah kita untuk puasa & raya tahun ni?
Persiapan mental, fizikal dan juga dari segi kewangan.
Kalau cakap bab puasa dan raya ni, semestinya terbayang-bayang baju raya, kasut raya, persiapan rumah dan sebagainya. Tapi itu semua memerlukan duit kan.

Dengar cerita kakitangan awam akan dapat advance gaji semperna raya tahun ni. Wow!! 
Bolehlah belanja raya untuk family. Tapi tahukan yang ada gap 56 hari tanpa gaji. Di bulan yang kritikal iaitu Julai - Ogos.





Jadi memang kena rancang sangat perbelanjaan anda. 

Ruby still ingat tahun lepas di awal bulan puasa, ramai orang kat kiosk easy rhb. Tertanya-tanya jugak kenapa ramai ngat orang ni? Rupenye nak buat loan untuk persiapan raya nanti. huhuhu..
Bayangkan pinjam duit untuk perbelanjaaan raya. Habis raya, duit pon habis. Pening duk fikir nak bayar loan lagi, belanja rumah lagi kan..

Tapi kalaulah difikirkan, kenapa tak guna loan tu sebagai modal untuk jana duit yang lagi banyak? 
Iaitu dengan mulakan PERNIAGAAN.

Kalau anda perasan dalam ig/fb Ruby selalu sebut pasal Projek Duit Raya PIN.
Ape tu? bisness jual baju dalam je, tapi ade projek2 lagi.
Haaa.. ni Ruby nak cerita lebih terperinci pasal Projek Duit Raya PIN.

---------------------------
● Apa tu projek duit Raya PIN?

>> PDRP, adalah projek menjana 'duit raya' melalui perniagaan kita dan diri kita sebagai usahawan.

● Kenapa projek 'Duit Raya'?

>> 'Duit Raya' adalah satu simbol kepada perbelanjaan kita sebelum, semasa dan selepas raya.

Kebiasaan nya perbelanjaan kita akan meningkat berkali ganda bila tiba bulan Ramadan dan Hari Raya. Waktu ini, kita terpaksa buat budget khas untuk perbelanjaan kita dan keluarga.. belum dikira perbelanjaan mak dan ayah. Dah menjadi kebiasaan kita untuk menyediakan sesuatu yg istimewa untuk anak2 dan mak ayah bila tiba hari raya..

Tapi percaya tak ramai yang tertewas dgn budget 'Hari Raya'. Ramai yang terpaksa meminjam dan buat 'personal loan' bila menjelang hari raya semata2 untuk menampung perbelanjaan hari raya (sebelum, semasa dan selepas).. secara tak langsung hati raya menjadi beban kepada kita. Dan ini bukan konsep sebenar kita menyambut hari kemenangan kita.

Jadi melalui projek duit raya PIN, kita ingin menjadikan Hari Raya tahun ni lebih bermakna untuk kita dan keluarga. Tiada kerunsingan soal budget dan kewangan bila 'BONUS biz' kita bulan ni dapat membantu menampung perbelanjaan sebelum Raya, semasa Raya dan selepas Raya..

● Macam mama nak buat Duit Raya?

>> konsep asas biz dalam PIN, income kita boleh dijana melalui 2 cara,

1. Jualan Peribadi (Usaha peribadi)
2. Networking / kumpulan (usaha bersama kumpulan)

Melalui jualan peribadi kita sebagai usahawan boleh menjana pendapatan melalui,

1. Untung runcit (10% -15%)
2. BONUS JUALAN (3% - 41%)

Manakala melalui Networking kita dapat menjana pendapatan melalui usaha kita 'berkongsi' dan membantu rakan kongsi kita berniaga.. dan percaya tak income melalui Networking / kumpulan adalah sumber income yg tidak terhad.. dan kita boleh menjana income yang besar melalui komsep ganda masa, ganda tenaga = income berganda2.

Melalui 2 kaedah asas ni, tidak mustahil untuk kita sebagai usahawan PIN untuk menjana BONUS untuk bulan Jun atau BONUS raya berganda2 dan luar biasa dari bonus yang biasa kita dapat.

 Kepada sesiapa yang berminat nak sertai projek duit raya PIN ni boleh hubungi hotline 013-211 3164 atau email ruby.yah88@gmail.com.
Ruby sedia untuk terangkan dengan lebih teliti pasal projek ni. Ruby sedia untuk mengajar bagi yang sudi. 


-----------------------------------------------

☆☆ Rahsia berniaga dlm bulan Ramadan


1. Bulan Ramadan adalah bulan yg Allah gandakan, rahmat nikmat dan rezeki (tu Allah yg ckp). Kalau Allah dah janjikan macam tu, siapa kita untuk pertikaikan nya.. kerja kita adalah untuk yakin dan usaha untuk dapatkan apa yg Allah janjikn pd kita.

Formula asas.
-------------------
Bulan biasa: 1 usaha × 1 doa = 10 rezeki
Bulan Ramadan: 1 usaha × 1 doa = 100 rezeki ( rezeki berganda2)

2. Bulan Ramadan syaitan dah diikat.. bisikan2 halus yg selalu menganggu kita utk malas, bertangguh, bersangka buruk sepatutnya dah takda dan memudah kan kita bertindak.

Cuma yg tinggal, diri kita sendiri.. minda, sikap dan hati kita. Kalau kita mampu kawal semua ni, insyaAllah perjalanan bisness akan mudah.

Kalau kita faham dgn konsep bulan Ramadan. Kita akan berkejar untuk kaut semua rahmat dan nikmat yg Allah sediakan.

---------------------------------------------------------



05 June 2015

Mudahnya Jual Premium Beautiful

Salam semua. Esok dah masuk 6 Jun. Lagi 10 hari kita nak menyambut Ramadhan. In Shaa Allah akan dipertemukan lagi dengan puasa tahun ni. Cakap pasal puasa, menu berbuka, bersahur, tup tup dah nak raya. Persiapan puasa dan raya tahun ni camne? OK ke KO? Nak beraya sakan tu poket pon kena tebal la jugak kan.. baru syiok raya. Ingat yer, lepas raya sakan tu hidup pon kena teruskan. Masih ade lagi ker simpanan tuk lepas raya nanti? takkan nak ikat perut kot? hehe

Macam mana nak bagi poket tu sentiasa tebal? Duit sentiasa masuk jer. Salah satu nye buat bisness Hai-O ni jer. Promote barang, jual barang. Online sahaja. Senang kan...

Ni ruby nak cerita pengalaman sendiri yang masa mula2 join SHOM ni.

Ruby started dengan 1 karton (24 kotak) Sabun Marine Essence. Belum dapat sabun kat tangan lagi, ruby dah promote kut Facebook dan instagram. Alhamdulillah, dah ade orang order. Bila dah dapat sabun tu, terus pos ke customer. Order sentiasa masuk, zasss tak sampai sebulan dah habis 1 carton sabun ni. =)

Selain sabun, Ruby upgraded jualan dengan Premium Beautiful (PB). Masa tu ade 4 set PB dalam tangan.

Alhamdulillah, out of 4 sets, 3 PB sets ni semua terjual dalam masa 2 minggu sahaja.


Set 1: kakak no 2

Set 2: kakak no 1

Set 3: kawan baik

Set 4: as sample set


and the list is go on with orders from kawan2 uni dan strangers.

Permulaan bisness PB ruby ni, pembeli PB ialah mereka yang dekat dengan ruby. Ruby tak pernah paksa or sogok2 dieorang untuk beli. Tapi sentiasa promote akan kebaikan PB, tunjukkan kepada mereka kesan positif pakai PB hanya melalui facebook. Alhamdulillah, bila kita sebarkan benda baik, orang pon akan tertarik.

Jadi taukey PB ni memang sangat bertuah. Sebabnya:

(1) - 1 set PB boleh untung runcit sehingga RM300- RM400

(2) - 1 set PB boleh dapat bonus/komisyen ~ RM250 (SM)

(3) - 1 set PB boleh dapat rebate RM150

(4) - 2 set PB boleh dapat rebate RM 350 with Luminez skincare set worth RM500.



Itu kalau jual 1 set PB. Kalau jual berpuluh-puluh set bayangkan berapa $$ yang kita boleh dapat =)..

Tambahan lagi tak sampai 2 bulan kita akan raya, mesti ramai pakat duk cari Premium Beautiful corset. Nak bergaya anggun berseri di hari raya nanti.

Kita pon boleh cari duit poket lebih untuk raya nanti =)).




Bagi yang usyar2 nak buat bisness ni jangan segan-segan nak contact ruby. Tak tahu cara ruby boleh ajarkan.. 


Ini Ruby nak kongsi pengalaman kawan ruby yang berjaya jual PB 10 set dalam masa 2 bulan sahaja.



*********************************************************

Masa danis start dulu first day join dah dapat cashbuyer taw. My housemate yg beli dulu. Sebab kena paksa suh die jadi model before and after je. Mula mula tu tak nak beli sbb PB kan premium corsets harga pon mmg premium tapi ingaat taw harga die lagi lagi murah dari premiumcorset kat luar sana.

So bila die pakai, trus dapat fastest transformation dari menggeleber ke firm gila gila shaping habess mmg wow lah! Terus cakap nak beli cash senang tak perlu hutang bagai dah. Invest sekali seumur hidup.


Nak bgtaw senangnya jual PB. Dulu masa memula join business danis dapat jual 10sets dalam tempoh 2bulan zupp zupp je habes dan dapat order laju laju. Sebab danis mmg promote. Kalo tak promote mcm mn nak terjual. Hehe

Set Pertama: Diri Sendiri
Set Kedua: Kakak Sulong
Set Ketiga: Kakak No2
Set Keempat: Housemate
Set Kelima: Kawan Baek
Set Keenam: Officemate
Set Ketujuh: Sepupu
Set Kelapan: Stranger kat Facebook
Set Kesembilan: Saudara
Set Kesepuluh: TrialSet

Masa tu boleh jual 10setss kan mak uih memang manyak syiok kot sbb dapat bonus dekat RM5000 komisyen je taw bukan untung runcit lagi. Mmg buntang bijik mata sbb dua kali ganda gaji bekerja taw. Alhamdulillah sekarang partner partner danis plak yg laku menjual smpai hari hari kena order ngn stokis!






****************************************************************


Ruby

013-211 3164

ruby.yah88@gmail.com

03 June 2015

Sediakan Payung Sebelum Hujan

Assalamualaikum semua..

"Sediakan payung sebelum hujan"




Selalu sangat kita dengar peribahasa ni, yang membawa maksud berwaspada sebelum ditimpa kesusahan. Banyak maksud peribahasa di atas ni, yang mana saya tahu awak2 semua memang bijak untuk tafsirkan sendiri. 

Macam dalam kehidupan kita seharian. Contoh yang paling mudah. kalau pergi mall atau jalan2 ke, bagi yang ade anak-anak kecil, mesti diangkut sekali pampers, wet tissue, baju extra, susu..Sebabnya kita tahu barang-barang ni akan digunakan nanti- anak kencing, anak tumpahkan susu, anak kotorkan baju. 

Kalau kita peka dengan isu sekarang ni, antara yang terbaru ialah 6000 kakitangan MAS diberhentikan. Memang kesian sangat kan. Tambahan kalau suami isteri both bekerja dekat syarikat ni, dan kedua-dua diberhentikan. Amatlah tertekan dengan nak tanggung keperluan keluarga, keperluan anak-anak. Lagi-lagi dah nak puasa dan raya ni. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Itu kisah mereka yang kerja dengan MAS, tapi yang masih bertahan bekerja kat mana-mana company sekalipun, jangan pandang remeh pasal isu ni. Kemungkinan suatu hari apabila sudah ditakdirkan diberhentikan atau keadaan memaksa kita berhenti kerja, WHAT TO DO? nak cari kerja lain mungkin dapat, mungkin tak. Jadi salah satu cara untuk survive dalam keadaan macam ni ialah dengan BERNIAGA. Mulakan ketika kita masih makan gaji ni. as our back up plan. Tetiba teringat pulak kisah diri sendiri.

Saya sendiri pernah bekerja di bidang professional, gaji memang cukup untuk keperluan diri dan anak (masa ni still LDR with husband). Jadinya memang tak terfikir la pon nak buat bisness lain. Perhati la jugak officemate, memang ramai yang buat side income lain. Jual baju/seluar, jual tudung, jual makanan tuk breakfast, jual kerepek dll. Bergaji besar, tapi masih buat bisness lain. Memang komitment tinggi dieorang ni. Tapi tak ade la susah pon, tak perlu buka gerai lam opis or tunggu 8 jam depan barang2 yang diniagakan. Letak kat pantry atau surau jer, confirm habis. Terfikir jugak nak buat bisness tapi ye la, mase ni hati kata tunggu dulu la.=(

Sampai satu tahap dimana saya terpaksa merelakan hati ni untuk berhenti kerja, atas asbab anak yang sangat sangat memerlukan kehadiran saya. Tak sanggup lagi nak menyusahkan my mum yang ulang-alik dari trg - s.alam untuk jaga anak saya. Memang tak boleh nak hantar anak ke kampung sebab berderet appoinment dengan doctor kat KL. Saya akui bekerja dalam bidang o&g ni memang sangat best, lagi2 berada dalam company yang colleagues semua dah macam family sendiri. Memang kerja makan gaji ni bukan hanya semata-mata untuk penuhi keperluan hidup, tapi juga untuk kepuasan diri. Tapi apabila berada dalam satu situasi yang perlukan saya pilih KERJAYA atau KELUARGA, maka saya pilih keluarga =).

Masa dah berhenti kerja ni, alhamdulillah masih ade lagi simpanan untuk bayar kereta tiap-tiap bulan. Tetiba..terfikir..tergerak hati.. sampai bila nak bergantung pada duit simpanan ni jer, duit ni bukan boleh beranak pon. Sampai bila nak bergantung pada suami. If there's something happen to him, i might not be survived alone. Takkan nak harapkan belas ihsan orang lain pulak kan.

Dibukakan hati untuk join Sahajidah Hai-O Marketing (SHOM- previously known as Hai-O Marketing) setelah duk usyar facebook Danis yang cakap join SHOM ni boleh dapat pendapatan. Bermula dengan modal RM2k, alhamdulillah a good starting bila dapat jual sekarton sabun Marine Essence hanya dalam masa tak sampai sebulan. Hanya dengan online sahaja tau. Rolling duit modal tu, kembangkan bisness dan sekarang daripada title 'Distributor' dah ke 'Sales Manager'. Daripada jual sabun hijau jer, dah jadi taukey Premium Beautiful.

Sambil jaga anak, sambil buat bisness. Layan permintaan pelanggan. Seronok rasanya sebab masa terluangkan untuk family dan bisness. Bila anak sendiri saya yang jaga, rasa sangat senang hati sebab saya tahu ape yang dia makan, pakai, main, didik dia dengan cara saya sendiri. Waktu dia tak sihat jer tak perlu susah nak amik MC ke ape.

Alhamdulillah, at least duduk kat rumah ni duit pon masuk jugak yer. Terasa rugi sangat-sangat sebab tak join bisness ni awal-awal, sebab banyak benefit yang kita dapat =).

Pada yang masih bekerja dan hanya bergantung pada duit gaji, anda sememangnya cukup bertuah sebab tiap-tiap hujung bulan confirm akan dapat duit. Tapi itu sekiranya anda masih bekerjaya. Bila ditakdirkan tiada keupayaan diri atau keadaan memaksa anda berhenti kerja atau diberhentikan, maka tiada lagilah duit masuk tiap-tiap bulan. Takkan nak bergantung pada duit KWSP atau insurans jer kan. Maka BERNIAGA adalah salah satu medium untuk anda teruskan hidup. Jadi, mulalah sekarang ketika masih senang dan lapang. Jangan nak tunggu susah baru nak mula. Sediakan payung untuk diri dan keluarga anda sebelum ditimpa hujan..




Ruby
013-211 3164
ruby.yah88@gmail.com



29 May 2015

How to Wear Premium Beautiful

Cara nak pakai corset Premium Beautiful ni sangat mudah dan boleh dilakukan sendiri di rumah tanpa bantuan orang lain.


"Penting untuk memakai Premium Beautiful dengan cara yang betul bagi mengelakkan ketidakselesaan dan kesan yang kurang optimum. Sila dapatkan nasihat dari agent Premium Beautiful yang terlatih untuk memastikan anda memakai Premium beautiful mengikut cara yang sepatutnya"
Jadi bagaimana cara yang betul pemakaian Premium Beautiful?


Untuk membantu anda memakai Premium Beautiful dengan cara yang betul, Ruby akan tunjukkan cara pemakaian Premium Beautiful mengikut aturan seperti dibawah :)

Jom kita sama-sama cuba...


STEP 1 : LONG GIRDLE



Kita mulakan dengan cara pemakaian 'Long Girdle'

(1) Lipatkan bahagian pinggang dan dan kaki seluar dalam
(2) Sarungkan seperti memakai seluar dalam biasa
(3) Masukkan tangan di bahagian punggung dan tarik lebihan lemak ke atas
(4) Perbetulkan kedudukannya agar selesa

Tips : Untuk mudah pakai Long Girdle ni, mula-mula kena kangkang kaki besar sikit, lepastu goyang-goyangkan pinggul kita macam kita berjoget2 & lompat2 sikit sambil tarik girdle ni. Mula-mula pakai memang rasa ketat sikit. Lama kelamaan pemakaian Premium Beautiful akan menjadi semakin mudah.


STEP 2 : LONG BRA


Seterusnya, cara pemakaian Long Bra

(1) Tetapkan puting pada bahagian tengah cawan coli.
(2) Bongkokkan badan sebanyak 45 darjah dan pasangkan cangkuk di bahagian belakang.
(3) Tarik semua lebihan lemak yang ada di bahagian belakang dan bawa ke hadapan (masukkan ke dalam cawan bra).
(4) Laraskan tali bra supaya dapat kedudukan yang selesa  (pastikan satu jari boleh melepasi bawah tali coli)
(5) Betulkan kedudukan bra


Tips : Mula-mula pakai bra ni memang susah sikit, mungkin memerlukan seseorang untuk tolong cangkukkan bra. Tapi bila dah biasa pakai, bra ni pun dah ikut acuan badan kita, senang jer nak cangkuk bra ni sendiri. ini berdasarkan pengalaman Ruby sendiri la.


STEP 3 : WAIST NIPPER

Dan yang terakhir, cara pemakaian Waist Nipper



(1) Gerakkan waist nipper ke bahagian kiri depan, pasangkan cangkuk pertama dan cangkuk yang             terakhir. Kemudian pasangkan cangkuk-cangkuk yang lain dari bawah ke atas.
(2) Perhatikan garisan tengah dan pastikan 'rama-rama' diamond terletak di tengah dada
(3) Tali belakang diikat bersilang, tarik nafas sebelum menarik tali tersebut.
(4) Pemeriksaan sendiri.


Tips: Make sure bahagian tali yang dekat belakang tu selari dengan tulang belakang kita.

Kalau ada yang masih kurang faham, boleh hubungi Ruby untuk khidmat nasihat. In shaa Allah Ruby  akan cuba membantu.


Jom Sama-sama jadikan pemakaian PREMIUM BEAUTIFUL corset ni sebahagian dari rutin harian kita.


Berminat Mendapatkan Premium Beautiful anda yang Pertama? Jom hubungi Ruby sekarang..

Harga istimewa menanti anda.


Ruby
013-211 3164
ruby.yah88@gmail.com

22 May 2015

Promosi Bio Evolve



 Anda pernah memiliki Penapis Air Bio Aura?


Berita Baik..!!


Trade in Bio Aura Water Filter anda yang lama,
dengan pembelian Penapis Air Bio Evolve,
anda layak mendapat rebate RM900.


CEPAT!!
PROMOSI INI HANYA SAH SEHINGGA 
31 MAY 2015!!!


Harga Pasaran Bio Evolve:
RM2588



.
.
.
.
.
TUKAR KEPADA
.
.
.
.
.




Untuk maklumat terperinci pasal Bio Evolve ni, boleh rujuk previous entry;


Ini antara kelebihan Bio Evolve;





Bagi yang memiliki Bio Aura, dan mahu bertukar kepada Bio Evolve, jangan risau akan saiznya. Sebab saiz Bio Evolve ni lagi kecil daripada Bio Aura.


sumber: hafezahassan (ig)


sumber: hajinasirdaud.blogspot.com



bagi yang berminat nak beli Bio Evolve atau nak trade-in Bio Aura kepada Bio Evolve boleh la hubungi Ruby

Ruby
013-211 3164
ruby.yah88@gmail.com

Bio Evolve Water Purification System





Bio Evolve Water Purification System menggabungkan penemuan terbaharu Teknologi Nano Termaju dan Blok Karbon Inovatif Ultra Padat dalam sistem penulenan yang mampat, ringan dan berpenampilan menarik. Ia memberikan prestasi penapisan air yang terbaik untuk seisi keluarga! 

· Penemuan Baharu Teknologi Nano Termaju
· Blok Karbon Inovatif Ultra Padat
· Penulenan air berprestasi hebat
· Air yang lebih bersih dan tulen
· Rasa air yang lebih sedap – terus dari paip!
· Kualiti air yang dipertingkat
· Pemasangan sendiri yang mudah
· Jimat kos! Tidak menggunakan elektrik
· Kos penyelenggaraan yang rendah
· Tahan lama
· Mudah digunakan


Sistem Penulenan Air Bio-Evolve direka secara teliti dengan sistem penapisan 4 fasa yang inovatif. Setiap penapis direka khas untuk melakukan proses penapisan yang khusus bagi menghasilkan air yang tulen, bersih dan selamat untuk kegunaan manusia. Ringkasnya, ia adalah cara mudah untuk menikmati air berkualiti tinggi!





1. Pra-Penapis A : Seramik

Seramik padat dengan taburan pori yang bersaiz kurang daripada 0.9 mikron memastikan semua bendasing seperti karat, keladak pasir dan bakteria ditapis sempurna bagi mencapai penulenan air sehingga 99.999%.


2. Penapis B : Pengubah Bertenaga

· Bebola Bio
· Karbon Teraktif
· KDF

Bebola Bio memecahkan struktur molekul air menjadi molekul yang lebih kecil supaya air tersebut lebih mudah diserap oleh badan di samping meningkatkan kadar metabolisme. Selain itu, ia menambahkan keupayaan air untuk mengandungi lebih banyak oksigen di dalam badan.

Ia mengandungi spektrum sinaran tenaga yang luas yang mengawal, mengaktif dan menyeimbangkan fungsi cecair badan. Air bertenaga tinggi dapat menggalakkan keaktifan dan kelancaran pergerakan sel-sel badan.

Karbon Teraktif menyahkan klorin, pewarna dan bau yang kurang menyenangkan.

KDF menyingkirkan logam berat seperti plumbum, tembaga dan kadmium.


3. Penapis C : Penapis Pengubah Berion

· Bebola Ion
· Bebola Nano
· Bebola Bio

Dengan menggunakan Teknologi Pengubahan Berion, gabungan Bebola Ion, Bebola Nano dan Bebola Bio dapat meningkatkan dan menstabilkan tenaga di dalam air supaya kelompok molekul air kekal berada pada saiz terkecil untuk jangka masa yang panjang.

Selain itu, ia meningkatkan tenaga ke paras yang lebih tinggi di samping memastikan air bersifat alkali untuk kebaikan kesihatan manusia. Ia membantu menggalakkan kadar metabolisme dan mengaktifkan sel untuk meningkatkan sistem imunisasi serta fungsi detoksifikasi.


4. Penapis D : Blok Karbon Inovatif Hebat Ultra Padat

Teknologi Proses Haba yang unik menghasilkan ribuan pori halus pada blok karbon yang mengoptimumkan penyerapan bahan pencemar seperti bahan kimia berbahaya, peluntur dan pewarna tetapi membenarkan mineral penting melepasi blok karbon seperti kalsium, magnesium dan florida yang menentang kerosakan gigi supaya kekal berada di dalam air.


Tambahan pula, Bio Evolve ini mendapat pengikhtirafan daripada badan-badan berikut;






Klik di bawah!!



Ruby
013-2113164
ruby.yah88@gmail.com

18 May 2015

Get Your Right Size





There are only 4 areas to be measured in centimeter (cm) in order to get your right Premium Beautiful size. Please see the picture belows for your guidance.

You need to measure;

(1) Bust
(2) Underbust
(3) Waist
(4) Hips






(1) Bust - Ukur betul-betul diatas puncak dada (seperti gambar)


(2) Underbust - Buat ukuran untuk bawah dada pula


(3) Waist - Untuk ukuran yang tepat, ukuran pinggang haruslah selari dengan lekuk siku anda.


(4) Hips - Dan yang terakhir, ukuran untuk puncak pinggul


Measure all the 4 areas first, and then do let me know your size in 'cm'(centimeter).

I will get the right Premium Beautiful size for you. :)


NOTA: Penting untuk dapatkan ukuran yang tepat kerana Premium Beautiful corset memang dicipta mengikut setiap lekuk/potongan badan kita sebagai perempuan. Kesilapan mendapatkan ukuran yang tepat akan menyebabkan ketidakselesaan kepada kita.


 Premium Beautiful size


Bio Velocity Sleep Mate






Medan Tenaga Manusia

Matahari adalah sumber tenaga yang menggerakkan kesemua kehidupan dalam bumi. Benda hidup adalah makhluk yang bertenaga, atom-atom dan elektron-elektron di dalam badan kita menghasilkan satu aliran medan tenaga di mana ia membekalkan tenaga yang mencukupi untuk sel-sel badan bekerja pada tahap yang optima. Dengan kata lain, tenaga adalah daya hidup dan ia adalah sumber kesihatan dan semangat manusia.

Keseimbangan tenaga adalah berdasarkan kewujudan corak tenaga di dalam dan di sekeliling badan yang membentuk satu matrik yang digunakan oleh badan untuk mengekalkannya dalam keadaan "sihat". Medan tenaga manusia dibentuk untuk mengekalkan kesihatan badan. Sel-sel badan berkomunikasi di antara satu sama lain melalui gelombang (frekuensi) yang unik kepada setiap orang. Semua tisu seperti kulit, hati, tulang dan organ-organ lain mempunyai tenaga dan beresonan ke atas frekuensi tersendiri. Bioresonans bermakna mengedarkan semua frekuensi yang diperlukan untuk rangsangan danpenyelarasan organisma yang muktamad.

Bagaimanapun, pemodenan kini telah membawa kepada kemerosotan medan tenaga manusia secara mendadak. Gaya hidup yang penuh tekanan, penggunaan alat elektronik yang meluas, pencemaran alam, makanan yang tidak seimbang, gaya hidup yang buruk serta toksin-toksin yang dihisap telah membawa ketidakseimbangan frekuensi elektromagnetik atau medan tenaga. Dengan ini, sekatan tenaga dihasilkan justeru mengganggu pengaliran tenaga utama atau daya hidup. Masalah kesihatan kronik mulai timbul dan menjadikan badan sukar untuk menyembuhkan diri.


Tidur Yang Berkualiti

Manusia telah menghabiskan 1/3 daripada masa mereka dalam tidur; oleh itu, tidur dan rehat yang berkualiti adalah penting untuk kesejahteraan kita. Ia adalah penting untuk kesihatan fizikal dan mental, dan untuk mengoptimakan fungsi-fungsi harian kita. Apakah itu tidur yang berkualiti? Tidur yang berkualiti bermakna mempunyai jangka masa rehat yang cukup serta mendalam yang membolehkan seseorang sedar selepas membangun dan segar selepas membangun dan segar sepanjang hari.

Semasa badan kita rehat, semua sel badan akan diperbaharui dan dibebaskan, kerja-kerja pembaikan ke atas kecederaan dan penyakit-penyakit akan dijalankan; aktiviti-aktiviti otak kita yang mengawal emosi, proses pembuat keputusan dan interaksi sosial dihentikan, membolehkan kita mengekalkan emosi dan fungsi-fungsi sosial yang optima semasa kita membangun. Tidur juga menguatkan minda dan kesedaran, membolehkan kita berasa bertenaga dan lebih berjaga secara fizikal. Ia juga meningkatkan daya ingatan dan keupayaan belajar; mengurangkan tekanan, rasa kebimbangan dan kerisauan. Tidur yang berkualiti menjaga kesihatan hati kita dan mengurangkan risiko kemurungan.


BV Sleep Mate

Anda boleh memulihkan keseimbangan dan kesihatan anda secara mudah dengan kuasa penyembuhan BV Sleep Mate. Pelapik tilam ini khas dibuat untuk memenuhi keperluan individu anda. BV Sleep Mate menolong membetulkan frekuensi yang tidak harmoni, meneutralkan gelombang berbahaya sambil menguatkan gelombang positif yang membentuk aura yang sihat dalam organisma. Dengan mempengaruhi pengaliran tenaga, kita boleh menyihatkan badan dengan mencapai tahap kesihatan yang sempurna, mengimbangkan dan meningkatkan keseluruhan aktiviti badan dan minda. Apabila anda bangun daripada tidur, anda berasa lebih cergas dan bertenaga. Dalam penggunaan jangka masa panjang, ia memberi manfaat kepada badan di mana ia boleh mengekalkan kesihatan kita, meningkatkan sistem imun dan juga memberi hidup yang berkualiti.

Ujian klinikal menunjukkan bahawa terdapat peningkatan tahap tenaga ke atas subjek yang signifikan selepas menggunakan BV Sleep Mate






Keistimewaan BVSM

1. Meningkatkan metabolism
2. Mengaktifkan fungsi-fungsi sel
3. Menggalakkan peredaran darah
4. Meningkatkan pertahanan badan dan memperbaiki sistem imun
5. Meningkatkan tahap medan tenaga
6. Menstabilkan emosi, mengurangkan tekanan dan desakan
7. Memulihkan tenaga, memperbaiki dan mengaktifkan sel dalam badan
8. Bersemangat dan bertenaga
9. Meningkatkan keupayaan penyembuhan secara semula jadi
10. Mengimbangi dan mengharmonikan fungsi-fungsi fizikal
11. Melegakan kepenatan dan kesakitan
12. Merangsangkan dan menyelaraskan sistem saraf autonomik
13. Menggalakkan fungsi jantung
14. Menggalakkan tidur yang sihat dan berkualiti


Ruby sekeluarga memang tidur beralaskan BVSM. Tidur memang nyenyak dan bila bangun pagi terasa segar sentiasa. Kalau pergi travel seharian, memang letih sangat badan ni, sangat penat sampai tak boleh tidur. Tapi apabila baring jer atas BVSM ni terus tidur. Memang lenguh2 badan hilang keesokan harinya. Ruby perasan tau kalau balik kampung atau check in kat mane2 hotel, tak boleh tidur sebab tak beralaskan BVSM (sebab selalu lupa angkut sekali).

Kalau korang cuba BVSM ni , korang akan dapat manfaat seperti;

Melegakan sakit kepala, sakit haid, sakit perut, menghilangkan kesakitan otot, melegakan kesakitan gastrik, melegakan sakit belakang, menolong ketegangan leher, melegakan rasa kebas


Cara Penjagaan

BV Sleep Mate boleh dicuci setahun sekali. Gunakan bahan pencuci kain yang berorganik untuk mencuci dengan tangan secara lembut dan keringkan di bawah matahari. Dicadangkan cuci di kawasan yang terkena kotoran sahaja.

Ruby cuci BVSM hanya dengan menggunakan Premium Beautiful Natural Wash. 
Jemur 2 bulan sekali di bawah cahaya matahari pagi ( 8-10 am).


Cara Penggunaan

Bukakan dan letakkan BV Sleep Mate di atas tilam. Letakkan empat tali elastik ini di setiap sudut tilam.
Untuk elakkan kotoran, boleh juga alaskan cadar di atas BVSM ni. 
Kalau anak-anak kecil tidur dengan BVSM, boleh juga alaskan dengan Waterproof Matress untuk elakkan daripada terkena air kencing/ najis / kotoran. 



Ruby
013-2113164
ruby.yah88@gmail.com

Ciri-ciri pada Premium Beautiful


Kenapa Premium Beautiful??






  1. Direka khas 70% untuk kesihatan dan 30% untuk kecantikan
  2. Waranti SEUMUR HIDUP (servis baiki secara percuma)
  3. Superbrands produk
  4. Mengandungi FIR (Far Infrared Rays) teknologi
  5. Terdiri daripada 3 helai pakaian dalam yang mudah dipakai (long/short brassiere, waist nipper and long girdle)

1. Long Brassiere



  • Mempunyai 3 keping jahitan cawan coli berstereoskopik yang dapat menolak ke atas, menyokong menetapkan kedudukan payudara.
  • Mempunyai rawan keluli yang berfungsi untuk menetap dan mengukuhkan kedudukan payudara.
  • Reka bentuk yang berkuasa tekanan dan regangan berganda di bahagian depan dapat menyelaras perut yang menonjol serta meningkatkan kontur payudara.
  • 2 batang keluli berfungsi untuk menyelaras dan membentuk kontur badan.
  • Reka bentuk yang berkuasa tekanan dan regangan di bahagian belakang dapat menyelaraskan lemak yang berlebihan.
  • Bentuk “U” yang direka khas pada bahagian belakang coli dapat menonjolkan kontur badan yang menarik.
  • Perhiasan berlian berbentuk rama-rama menonjolkan keunggulan produk.
  • 3 pasang cangkuk membolehkan anda membuat penyelarasan yang sesuai.


2. Waist Nipper





  • Mempunyai 7 batang keluli yang dapat menyokong bahagian pinggang dan mengukuhkan tulang belakang, seterusnya memperbaiki postur badan.
  • Reka bentuk ergonomi yang unik dapat menyelaraskan lemak pada bahagian pinggang ke bahagian dada dan pinggul, seterusnya menghasilkan kontur badan yang menarik.
  • Benang yang diimport dari Jepun membantu membentuk kontur badan yang menarik.
  • Reka bentuknya yang fleksibel dapat memberi kesan yang memuaskan berdasarkan bentuk badan seseorang.
  • 3 pasang cangkuk membolehkan anda membuat penyelarasan yang sesuai.
  • Perhiasan berlian berbentuk rama-rama menonjolkan keunggulan produk.


3. Long Girdle



  • 32 keping jahitan stereoskopik yang menggunakan teori tekanan untuk menumpu kembali lemak yang tersebar ke tempat asal.
  • Reka bentuk di bahagian pinggul yang unik dapat memperbetulkan punggung yang kendur dan membentuk kontur pinggul yang lebih menarik.
  • Membahagikan garisan di bahagian paha dan pinggul, menumpukan lemak yang berlebihan di paha ke dalam cawan pinggul dan seterusnya menghasilkan kontur pinggul yang menarik.
  • Kapas yang ditambah pada bahagian dalam seluar dapat memperbaiki kontur pinggang agar kelihatan lebih ramping.
  • Perhiasan berlian berbentuk rama-rama menonjolkan keunggulan produk.
  • Mampatan yang tetap ke atas abdomen pada seluar di bahagian perut dapat memecahkan lemak yang berlebihan dan menyelaraskan perut yang menonjol.
  • Reka bentuk yang menggunakan kuasa tekanan dapat menyelaraskan lemak di bahagian dalam dan luar paha, membentuk kontur kaki yang cantik.
  • Penggunaan 2 lapisan kain kapas yang berongga membolehkan peredaran udara yang baik dan selesa dipakai. Ia direka khas untuk bahagian sulit kaum wanita.
  • Penggunaan renda (lace) yang fleksibel dapat mengelakkan pakaian dalam daripada tergulung akan menghasilkan garisan-garisan di bahagian paha.


Ruby
013-2113164
ruby.yah88@gmail.com


28 April 2015

Premium Beautiful Gaya Muslimah

Bila cakap pasal korset, mesti orang ingat untuk kurus, supaya boleh pakai baju ketat ketat. Memang betul apa yang dikata. Sebab itulah keinginan seorang yang bergelar wanita. Nak sentiasa cantik, anggun, pinggang ramping, body solid.



Tapi ada jugak yang berkata camni..
"Kak..saya pakai jubah. Jubah yang besar ni dah boleh cover lemak2 kat badan.. jadi tak payah la nak pakai korset nih"

Kurang tepat kenyataan tu. Premium Beautiful ni sebenarnya direka 70% untuk KESIHATAN dan 30% untuk KECANTIKAN. Tak kisah baju jenis apa yang kita nak pakai nanti, PB inilah yang akan jaga kesihatan kita: jaga tulang belakang, postur berdiri, berjalan dan duduk yang betul.

Untuk kecantikan lagilah boleh. PB akan alihkan lemak ke tempat sepatutnya. Hasilnya payudara montok, pinggang ramping, pinggul mantap, body yang curvy.

Jadi pakailah apa jenis baju sekalipon, yang penting kita dapat body yang kita nak. Cantik untuk diri sendiri dan untuk suami juga bagi yang sudah berkahwin.

Jadi apa tunggu lagi? Cantik bergaya muslimah dengan Premium Beautiful.


Ruby
013-2113164
ruby.yah88@gmail.com