03 June 2015

Sediakan Payung Sebelum Hujan

Assalamualaikum semua..

"Sediakan payung sebelum hujan"




Selalu sangat kita dengar peribahasa ni, yang membawa maksud berwaspada sebelum ditimpa kesusahan. Banyak maksud peribahasa di atas ni, yang mana saya tahu awak2 semua memang bijak untuk tafsirkan sendiri. 

Macam dalam kehidupan kita seharian. Contoh yang paling mudah. kalau pergi mall atau jalan2 ke, bagi yang ade anak-anak kecil, mesti diangkut sekali pampers, wet tissue, baju extra, susu..Sebabnya kita tahu barang-barang ni akan digunakan nanti- anak kencing, anak tumpahkan susu, anak kotorkan baju. 

Kalau kita peka dengan isu sekarang ni, antara yang terbaru ialah 6000 kakitangan MAS diberhentikan. Memang kesian sangat kan. Tambahan kalau suami isteri both bekerja dekat syarikat ni, dan kedua-dua diberhentikan. Amatlah tertekan dengan nak tanggung keperluan keluarga, keperluan anak-anak. Lagi-lagi dah nak puasa dan raya ni. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Itu kisah mereka yang kerja dengan MAS, tapi yang masih bertahan bekerja kat mana-mana company sekalipun, jangan pandang remeh pasal isu ni. Kemungkinan suatu hari apabila sudah ditakdirkan diberhentikan atau keadaan memaksa kita berhenti kerja, WHAT TO DO? nak cari kerja lain mungkin dapat, mungkin tak. Jadi salah satu cara untuk survive dalam keadaan macam ni ialah dengan BERNIAGA. Mulakan ketika kita masih makan gaji ni. as our back up plan. Tetiba teringat pulak kisah diri sendiri.

Saya sendiri pernah bekerja di bidang professional, gaji memang cukup untuk keperluan diri dan anak (masa ni still LDR with husband). Jadinya memang tak terfikir la pon nak buat bisness lain. Perhati la jugak officemate, memang ramai yang buat side income lain. Jual baju/seluar, jual tudung, jual makanan tuk breakfast, jual kerepek dll. Bergaji besar, tapi masih buat bisness lain. Memang komitment tinggi dieorang ni. Tapi tak ade la susah pon, tak perlu buka gerai lam opis or tunggu 8 jam depan barang2 yang diniagakan. Letak kat pantry atau surau jer, confirm habis. Terfikir jugak nak buat bisness tapi ye la, mase ni hati kata tunggu dulu la.=(

Sampai satu tahap dimana saya terpaksa merelakan hati ni untuk berhenti kerja, atas asbab anak yang sangat sangat memerlukan kehadiran saya. Tak sanggup lagi nak menyusahkan my mum yang ulang-alik dari trg - s.alam untuk jaga anak saya. Memang tak boleh nak hantar anak ke kampung sebab berderet appoinment dengan doctor kat KL. Saya akui bekerja dalam bidang o&g ni memang sangat best, lagi2 berada dalam company yang colleagues semua dah macam family sendiri. Memang kerja makan gaji ni bukan hanya semata-mata untuk penuhi keperluan hidup, tapi juga untuk kepuasan diri. Tapi apabila berada dalam satu situasi yang perlukan saya pilih KERJAYA atau KELUARGA, maka saya pilih keluarga =).

Masa dah berhenti kerja ni, alhamdulillah masih ade lagi simpanan untuk bayar kereta tiap-tiap bulan. Tetiba..terfikir..tergerak hati.. sampai bila nak bergantung pada duit simpanan ni jer, duit ni bukan boleh beranak pon. Sampai bila nak bergantung pada suami. If there's something happen to him, i might not be survived alone. Takkan nak harapkan belas ihsan orang lain pulak kan.

Dibukakan hati untuk join Sahajidah Hai-O Marketing (SHOM- previously known as Hai-O Marketing) setelah duk usyar facebook Danis yang cakap join SHOM ni boleh dapat pendapatan. Bermula dengan modal RM2k, alhamdulillah a good starting bila dapat jual sekarton sabun Marine Essence hanya dalam masa tak sampai sebulan. Hanya dengan online sahaja tau. Rolling duit modal tu, kembangkan bisness dan sekarang daripada title 'Distributor' dah ke 'Sales Manager'. Daripada jual sabun hijau jer, dah jadi taukey Premium Beautiful.

Sambil jaga anak, sambil buat bisness. Layan permintaan pelanggan. Seronok rasanya sebab masa terluangkan untuk family dan bisness. Bila anak sendiri saya yang jaga, rasa sangat senang hati sebab saya tahu ape yang dia makan, pakai, main, didik dia dengan cara saya sendiri. Waktu dia tak sihat jer tak perlu susah nak amik MC ke ape.

Alhamdulillah, at least duduk kat rumah ni duit pon masuk jugak yer. Terasa rugi sangat-sangat sebab tak join bisness ni awal-awal, sebab banyak benefit yang kita dapat =).

Pada yang masih bekerja dan hanya bergantung pada duit gaji, anda sememangnya cukup bertuah sebab tiap-tiap hujung bulan confirm akan dapat duit. Tapi itu sekiranya anda masih bekerjaya. Bila ditakdirkan tiada keupayaan diri atau keadaan memaksa anda berhenti kerja atau diberhentikan, maka tiada lagilah duit masuk tiap-tiap bulan. Takkan nak bergantung pada duit KWSP atau insurans jer kan. Maka BERNIAGA adalah salah satu medium untuk anda teruskan hidup. Jadi, mulalah sekarang ketika masih senang dan lapang. Jangan nak tunggu susah baru nak mula. Sediakan payung untuk diri dan keluarga anda sebelum ditimpa hujan..




Ruby
013-211 3164
ruby.yah88@gmail.com



No comments:

Post a Comment