28 January 2018

Bebola ubi keledek

Hi korang!

Selamat berhujung minggu.
Rasanya tak pernah share resepi kat blog ni. So kali ni nak share kat korang something yang unplanned pun.

Asalnya husband beli ubi keledek suh ruby buat kuih keria sebab anak-anak suka makan. Pagi tadi beriya nak buat, sekali seketul ubi yang besar tu buruk berulat sudah. Tinggal 2 ketul kecik je. Buat kuih keria mana cukup.

Kemudian dengan jasa en.google, terjumpalah resepi UBI KELEDEK ala thai ni.
Asalnya dari Mingguan Wanita ni. So kita olah sedikit nak sesuaikan dengan amount ubi yang ada.



Bahan-bahan yang diperlukan:

200 gm ubi keledek oren
90 gm tepung ubi
12 gm tepung gandum
1 ts baking powder
2 tbs gula castor 
1 ts garam 

Steps:

1. Ubi keledek dikupas, dipotong kecil dan direbus. Once dah empuk toskan. Masa masih panas lagi ni lenyek sampai lumat. Biarkan menyejuk at room temp.

2. Kemudian campur semua bahan tadi tu ke dalam ubi. Gaul until tak melekat. Sukatan tepung yang ruby guna ni just nice. Memang tak melekat kat tangan adunan ubi tu.

3. Uli bulat bulat kecik je. Dapat dalam 35 biji. Jangan besar sangat sebab bila goreng ia mengembang.

4. Goreng hingga golden yellow.

Bebola Ubi keledek goreng ni macam kenyal sikit sebab ruby guna tepung ubi. Plus ubi keledek tu sikit je. So tak rasa sangat ubi keledek masa makan tu. Tak sama macam kuih keria or cek mek molek.

Boleh makan gitu aje or cicah sos. Memandangkan ruby buat untuk anak-anak, taburkan dengan gula icing (gula pasir dan kisar je).

Pastu diiringi dengan Min Kaffe panas memang terangkat.

Selamat mencuba.

**gambar sekeping end product je. Each step tak ada gambar.





No comments:

Post a Comment